Salam sejahtera. Blog ini bertujuan untuk mengongsikan beberapa kaedah dan teknik serta beberapa jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan. Aktiviti-aktiviti pemulihan lain juga akan dikongsikan di blog ini. Semoga maklumat yang dikongsikan boleh dimanfaatkan bukan sahaja oleh guru-guru pemulihan, malah juga boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa serta guru-guru lain.
Tuesday, 12 February 2013
Kad Imbas (Flash Card) Nombor 0 hingga 9
Walaupun font ini tidaklah secantik mana tetapi saya berharap bahawa kad imbas ini berguna dalam P&P cikgu-cikgu sekalian. Boleh copy and paste dan boleh diedit.
Thursday, 15 November 2012
Aktiviti-aktiviti Kem LINUS 2011
Berikut adalah antara aktiviti yang dilaksanakan semasa Kem LINUS PPD HL 2011. (Belum siap)

Gambar 1: Banner Kem LINUS 2011
Salam sejahtera. Saya telah mengiring 3 orang murid LINUS Tegar ke Kem LINUS 2011, iaitu kem pertama yang pernah dilaksanakan sejak program LINUS mula dilaksanakan di bawah NKRA dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan. Sebahagian daripada aktiviti tersebut sudah pernah dipelajari di institut perguruan tempatan dan sebahagian mungkin belum pernah dipelajari di institut perguruan. Mari kita perhatikan beberapa gambar yang telah ditangkap semasa kem tersebut.

Aktiviti pertama semestinya adalah senamrobik. Mengapa harus laksanakan senamrobik? Ini adalah supaya otak murid cergas dan bersemangat semasa melaksanakan aktiviti sepanjang kem nanti.
Gambar 3: Praujian LINUS Tegar
Seterusnya adalah praujian. Praujian penting untuk menilai prestasi dan tahap pencapaian murid sebelum kem dilaksanakan.
Gambar 4: Kolaj Huruf
Kolaj merupakan satu aktiviti yang menarik dan berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menarik minat murid (yang meminati seni visual), ia juga dapat merangsang deria murid, lebih-lebih lagi jika murid mempunyai masalah seperti disleksia atau pengamatan penglihatan.
Gambar 5: Domino Nombor
Domino Nombor merupakan satu permainan yang menarik, di mana murid boleh belajar memadankan nombor dengan bilangan titik yang tepat.
Gambar 6: Kod Misteri
Gambar 7: Kod Misteri - Mencari Perkataan Misteri
Mencari perkataan misteri dengan menggunakan kod misteri merupakan satu aktiviti yang menarik. Ini merangsang minda murid untuk mengenali simbol sambil mencari huruf misteri sehingga perkataan terbentuk. Setelah mendapat perkataan yang dicari, murid membacakan perkataan tersebut di hadapan fasilitator.
Permainan bowling amat sesuai untuk mata pelajaran Matematik. Murid perlu menjatuhkan botol dengan menggunakan bola yang disediakan dan mengira bilangan botol yang jatuh. Murid kemudiannya diminta menulis bilangan botol yang dijatuhkan di lembaran yang disediakan oleh fasilitator.
Gambar 10: Memancing (murid memadankan huruf)
Murid-murid saya amat suka dengan permainan memancing untuk kedua-dua mata pelajaran. Murid dikehendaki memadankan huruf kecil dengan huruf besar dalam aktiviti memancing mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ikan huruf besar disediakan di dalam bakul setiap murid dan murid dikehendaki memancing ikan huruf kecil yang ada di dalam "kolam" untuk memadankan ikan huruf besar dengan ikan huruf kecil yang tepat.
Gamabr 12: Memancing (memadankan nombor dengan bilangan objek)
Dalam aktiviti memancing mata pelajaran Matematik pula, murid dikehendaki memancing mana-mana ikan (bernombor) di dalam "kolam" yang disediakan. Setelah mendapat ikan, murid menamakan nombor tersebut dan seterusnya mencari kad yang mempunyai bilangan objek yang berpadanan dengan nombor yang dipancing. Murid mengira objek di hadapan fasilitator.
Gambar 14: Bowling (murid mencari perkataan yang tepat berdasarkan gambar pada botol yang dijatuhkan)
Dalam permainan bowling untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia pula, murid dekehendaki menjatuhkan botol dengan menggunakan bola dan kemudiannya menamakan objek dalam gambar yang ada pada botol yang dijatuhkan. Murid kemudiannya dikehendaki mengeja perkataan yang disebut dan mencari perkataan yang tepat di dalam bakul yang disediakan oleh fasilitator.
Pekerjaan online
Wednesday, 7 November 2012
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Aktiviti 1: Bermain doh mengikut kreativiti murid.
Sebenarnya murid pemulihan atau murid LINUS tegar yang belum boleh menulis belum menguasai kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus ialah koordinasi
gerakan otot kecil yang berlaku dalam mengawal tangan, jari, dan ibu
jari. Ia melibatkan kemahiran menggunakan tangan yang berkembang
mengikut umur kanak-kanak (1). Bagi
kanak-kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka
berkembang
sesuai dengan usia mereka. Biasanya, ia melibatkan koordinasi tangan dan
mata yang bermula dengan pergerakan primitif seperti menyusun blok
dalam baris yang lurus. Penguasaan kemahiran ini amat penting dalam
perkembangan kanak-kanak kerana ia merupakan kemahiran yang amat
diperlukan untuk menulis.
Terdapat
pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk membantu murid kita
menguasai kemahiran motor halus. Mereka boleh menyusun blok, bermain
Lego, memasukkan tali ke dalam lubang manik (pastikan tali dan manik
besar), serta bermain doh. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh
dilaksanakan untuk membantu murid menguasai kemahiran ini (2)
tetapi kita harus pastikan bahawa kita memilih aktiviti yang sesuai
untuk murid-murid kita.
Aktiviti
yang paling saya sukai ialah aktiviti bermain doh. Semasa saya
praktikum pada tahun 2008, saya menggunakan plastisin. Namun begitu,
saya tidak lagi menggunakan bahan tersebut kerana saya kurang yakin
dengan kandungan yang mungkin ada di dalam bahan tersebut. Kini saya
lebih suka membuat doh sendiri. Ia adalah lebih selamat dan tidak
bertoksin. Berikut adalah cara-cara membuat doh yang juga dikenali sebagai play doh (3):
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar krim tartar
pewarna makanan
Langkah-langkah:
Gabungkan semua bahan ke dalam periuk "non-stick" dan kacau sehingga campuran tergumpal (menjadi seketul doh) di tengah periuk.
Sejukkan dan ulikan doh anda sehingga sekata.
Warnakan.
Untuk
membantu murid menguasai kemahiran motor halus dengan menggunakan doh,
kita boleh membiarkan mereka bebas bermain doh tersebut mengikut
kreativiti masing-masing. Setelah mereka bertambah mahir, kita boleh
bimbing mereka membentuk huruf mengikut cara menulis dengan betul sambil
memperkenalkan huruf kepada mereka.
Aktiviti 2: Membentuk huruf dengan bimbingan guru menggunakan doh (murid menekap huruf pada pinggan kertas mengikut cara menulis huruf dengan betul).
Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Harap segala yang dikongsikan dapat membantu saudara/saudari semua. Jika ada kesempatan, saya akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk kelas pemulihan dan juga prasekolah pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Rujukan:
Rujukan:
- http://www.ceritarasahati2.com/tag/kemahiran-motor-halus/
- http://handsonaswegrow.com/2012/01/30-kids-activities-materials-for-promoting-fine-motor-skills/
- http://onebonez.blogspot.com/2011/07/cara-cara-membuat-homemade-edible.html
Pekerjaan online
Sunday, 28 October 2012
SELAMAT DATANG
Salam sejahtera. Saya seorang guru yang telah memulakan khidmat saya sebagai guru pemulihan di Negeri Selangor pada tahun 2010. Walaupun masih baru dalam bidang ini, saya ingin mengongsikan beberapa kaedah dan teknik serta beberapa jenis bahan bantu mengajar yang pernah saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran agar boleh dijadikan bahan rujukan kepada guru-guru pemulihan lain.
Semoga perkongsian saya dapat membantu saudara/saudari di dalam bilik darjah saudara/saudari nanti.
Semoga perkongsian saya dapat membantu saudara/saudari di dalam bilik darjah saudara/saudari nanti.
Sekian
Subscribe to:
Comments (Atom)













