- 12 Konstruk LINUS Literasi
- Kad Imbas Huruf
- Kaedah Mengajar Membaca: Kaedah Fonetik
1. 12 KONSTRUK LINUS LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan
dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan rangsangan.
2. KAD IMBAS HURUF
Berikut adalah beberapa kad imbas ringkas yang telah saya sediakan. "Y" huruf besar dan "q" huruf kecil telah diubahsuai mengikut keperluan murid. Cikgu-cikgu boleh ambil dan edit.
3. KAEDAH MENGAJAR MEMBACA: KAEDAH FONETIK
Saya pernah menghadiri kursus kaedah mengajar membaca yang ditaja oleh ReadNetwork (cari readnetwork.com) pada tahun 2010 dan mendapati bahawa ia merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik.
Kaedah fonetik atau juga dikenali sebagai kaedah fonik merupakan satu kaedah di mana kita menggabungkan bunyi-bunyi fonik huruf untuk membentuk suku kata dan perkataan. Setiap huruf mempunyai bunyi foniknya sendiri. Apa itu bunyi fonik? Bunyi fonik ialah bunyi yang digunakan di dalam bahasa pertuturan kita. Dalam penulisan dan pembacaan, setiap bunyi dalam bahasa pertuturan kita diwakili oleh simbol huruf roman.
KELEBIHAN KAEDAH FONETIK
Kaedah fonetik merupakan satu kaedah yang mudah dan cepat berbanding dengan kaedah menghafal (mengeja suku kata). Murid menghadapi kesukaran untuk menghafal terlalu banyak suku kata. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat 126 suku kata KV yang perlu dihafal oleh murid. Cuba bayangkan berapa banyak suku kata lain yang perlu dihafal oleh murid.
Menurut pengalaman saya, murid yang belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini berjaya membaca dengan lancar. Ini membawa satu kepuasan kepada saya kerana murid-murid saya tidak perlu mengeja semasa membaca di dalam kelas perdana.
Selain itu, bunyi fonik yang digunakan dalam Bahasa Malaysia masih boleh digunakan dalam Bahasa Inggeris kerana 21 daripada 26 bunyi yang digunakan dalam Bahasa Malaysia sama dengan bunyi yang digunakan dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna bahawa murid sudah mempelajari 21 daripada 44 bunyi fonik yang digunakan dalam Bahasa Inggeris secara tidak langsung.
Walaupun saya amat berpuashati dengan penggunaan kaedah fonetik, terutamanya pada tahun 2010, saya mendapati bahawa terdapat satu kelemahan dalam penggunaan kaedah ini sejak Program LINUS NKRA diperkenalkan. Saya bukan mengatakan bahawa program LINUS itu tidak baik tetapi kita perlu mencari cara untuk menyesuaikan kaedah ini dengan program sekarang.
Satu-satunya kelemahan kaedah ini ialah murid lambat atau sukar mengenali nama huruf. Walaupun nama huruf bukannya diperlukan apabila murid membaca, nama huruf amat diperlukan supaya murid dapat melepasi konstruk pertama dalam program LINUS.
PERATURAN PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KAEDAH INI
Semasa saya menghadiri kursus yang ditaja oleh ReadNetwork, mereka menegaskan bahawa kita harus mengajar bunyi huruf sahaja sebelum murid tahu membaca. Ini adalah kerana nama huruf boleh mengelirukan murid. Menurut Profesor McGuiness, mengajar nama huruf boleh menjadi halangan semasa belajar membaca. Namun begitu, sebagai guru pemulihan pada hari ini, kita tetap harus mengajar nama huruf kepada murid. Jika kita tidak berbuat demikian, murid kita tidak akan dapat dilepaskan dari senarai murid LINUS tegar. Jangan salah faham pula. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya bukan mengatakan bahawa kaedah ini tidak baik dan bukan juga mengatakan bahawa sistem LINUS itu tidak baik. Sebelum program LINUS diperkenalkan, murid-murid pemulihan saya merupakan murid-murid yang bukan seperti murid-murid LINUS tegar yang ada pada hari ini. Mereka semua berjaya membaca dengan lancar dalam masa yang singkat setelah saya menggunakan kaedah fonetik. Setelah program LINUS diperkenalkan, saya mendapati bahawa jika saya tidak mengajar nama huruf, murid-murid saya akan kekal di kelas pemulihan selamanya. Oleh itu, pada hari ini kita semua harus memikirkan cara untuk menyesuaikan kaedah ini dengan sistem sekarang.
Jika kita ingin menggunakan kaedah ini, kita harus ajar murid menggabungkan bunyi dan bukannya menghafal suku kata. Murid yang lemah tidak dapat menghafal terlalu banyak suku kata. Kita juga tidak boleh mencampur adukkan bunyi huruf dan nama huruf semasa mengajar murid membaca. Ini boleh mengelirukan murid dan melambatkan proses penguasaan membaca murid. Jadi bagaimana? Bukankah nama huruf itu penting? Oleh itu, adalah lebih baik jika kita memperkenalkan nama huruf setelah murid pandai membaca (jika di kelas pemulihan, kita perkenalkan nama huruf setelah murid tahu suku kata KV supaya mereka boleh dilepaskan dari senarai murid LINUS tegar.
TEKNIK MENGAJAR
Semasa mengajar murid-murid kita membaca, kita harus mengajar dalam 3 langkah yang penting, iaitu:

- Ajar bunyi huruf
- Ajar bentuk dan rupa huruf
- Ajar gabung-bunyi
Semasa mengajar bunyi huruf, kita memperkenalkan bunyi huruf tanpa menunjukkan huruf kepada murid terlebih dahulu. Kita perkenalkan bunyi mengikut kreativiti masing-masing (contohnya memperkenalkan bunyi ular sebelum memperkenalkan bunyi huruf 's'). Setelah itu, kita mengulangi bunyi tersebut beberapa kali dan meminta murid mengajuk bunyi tersebut. Setelah itu, barulah kita menunjukkan huruf tersebut kepada murid.
Langkah 2: Ajar bentuk dan rupa huruf
Kita boleh gunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang kita biasa gunakan semasa mengajar bentuk dan rupa huruf. Antaranya ialah membuat mozek/kolaj, membentuk doh, mewarnakan huruf dan sebagainya. Satu peringatan penting ialah semasa murid membuat mozek/kolaj, membentuk doh, mewarnakan huruf, atau apa-apa sahaja, kita harus mengajar murid melakukan aktiviti tersebut mengikut cara kita menulis supaya apabila murid mengenali huruf yang diajar, mereka akan lebih memahami cara menulis huruf tersebut.
Langkah 3: Ajar gabung-bunyi
Kita harus mengajar murid menggabungkan bunyi dengan menggunakan bunyi huruf sahaja. Mula-mula guru boleh membunyikan huruf sambil menggerakkan kad huruf (jangan sebut nama huruf). Apabila huruf bercantum, barulah kita membunyikan suku kata (hasil gabungan huruf tersebut). Setelah itu, kita bimbing murid sebut bersama kita dan akhirnya bimbing murid menyebut sendiri sementara kita menggerakkan kad huruf tersebut.
AKHIR KATA
Harap maaf kerana perkongsian saya ini agak terbatas kerana kebanyakan perkara yang dikongsikan hanya dapat difahami jika kita mengikutinya secara praktikal. Jika anda ingin memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, saya syorkan anda ikuti kursus yang dianjurkan oleh ReadNetwork dan dapatkan maklumat lanjut di readnetwork.com.
Ada banyak lagi ilmu yang boleh anda perolehi jika anda ikuti kursus mereka. Antaranya ialah:
- Latihan bunyi huruf
- Latihan asosiasi
- Teknik menulis huruf
- Lagu asosiasi
- Contoh bahan bantu mengajar, dan mungkin perkara baharu yang saya sendiri belum pelajari.
Pekerjaan online
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssallammualaikum cikgu satu perkongsian yang amat bermanfaat, terima kasih.
ReplyDelete