Thursday 13 February 2014

Membentuk Perkataan KV+KV

Pada hari ini, satu aktiviti berkumpulan yang amat mudah telah dilaksanakan di dalam bilik darjah saya. Murid-murid dikehendaki membentuk perkataan KV+KV dengan menggunakan kad-kad suku kata KV yang telah diberi. Setelah setiap perkataan disahkan oleh guru, murid-murid dibenarkan menuliskan setiap perkataan yang berjaya dibentuk di dalam buku tulis masing-masing.

Walaupun PdP pada hari ini amat sederhana, murid-murid seronok sepanjang PdP dan berjaya membentuk sekurang-kurangnya 6 perkataan secara berkumpulan. Mereka juga memohon agar aktiviti ini dilaksanakan lagi pada PdP seterusnya.

Diharap bahawa teknik ini membawa manfaat kepada semua. Selamat mengajar.

Gambar 1: Murid-murid membentuk perkataan KV+KV secara berkumpulan.

1 comment:

  1. Salam cikgu. Tahniah! BBM yang sangat menarik.

    Saya ada satu pertanyaan. Bagaimana cara cikgu membahagi kumpulan? adakah mengikut tahap murid atau campur yg lemah dan mahir?

    Kalau mengikut tahap, risau murid lemah masih ketinggalan. Tapi kalau campur, risau yang mahir akan lebih dominan.

    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete