Friday 21 February 2014

MENYUSUN NOMBOR DALAM TERTIB MENAIK DAN TERTIB MENURUN 2

Selain menggunakan permainan blok atau Lego, guru juga boleh membawa murid naik dan turun tangga untuk belajar membilang secara tertib menaik dan tertib menurun. Baru-baru ini, saya terpaksa menggunakan teknik ini kepada Maisurah kerana dia tidak berjaya memahami konsep walaupun dengan menggunakan blok atau Lego.

Berikut adalah langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan:
1. Minta murid melekatkan kad nombor di tepi setiap anak tangga secara bergilir-gilir. Pastikan bahawa nombor disusun mengikut tertib menaik dari bawah ke atas.
2. Maklumkan kepada murid-murid bahawa mereka akan membilang secara tertib menaik sambil melihat nombor-nombor di tepi setiap anak tangga.
3. Pilih seorang atau dua orang murid untuk naik tangga secara perlahan-lahan. Bimbing semua murid membilang mengikut setiap anak tangga yang murid tersebut pijak.
4. Apabila murid tersebut sampai di atas, minta murid tersebut tunggu sebentar. Maklumkan kepada murid-murid bahawa mereka akan membilang secara tertib menurun sambil melihat nombor-nombor di tepi setiap anak tangga.
5. Minta murid tadi turun tangga dan bimbing semua murid membilang mengikut setiap anak tangga yang murid tersebut pijak.
6. Jelaskan kepada murid-murid bahawa apabila mereka membilang secara tertib menaik, ia adalah sama seperti apabila mereka sedang naik tangga. Kemudian jelaskan kepada mereka bahawa apabila mereka membilang secara tertib menurun, ia adalah sama seperti apabila mereka sedang turun tangga.
7. Langkah satu hingga 5 boleh diulangi untuk seorang atau dua orang lagi murid.
Nota penting: Teknik ini hanya sesuai digunakan dengan bilangan murid yang sedikit (seorang hingga lapan orang murid) dan hanya jika tiada murid hiperaktif terlibat. Kawalan murid adalah amat penting untuk keselamatan murid.

Gambar 1: Membilang secara tertib menaik dan tertib menurun. 



Gambar 2: Membilang secara tertib menaik. 



Gambar 3:Membilang secara tertib menurun.









Pekerjaan online

Tuesday 18 February 2014

MENYUSUN NOMBOR DALAM TERTIB MENAIK DAN TERTIB MENURUN 1

Salah satu cara untuk mengajar murid menyusun nombor dalam tertib menaik atau tertib menurun ialah dengan meminta murid menyusun Lego dalam bilangan seperti dalam nombor-nombor yang diberi (gunakan angka yang kecil sahaja). Contohnya jika nombor yang diberi ialah nombor 7, 9, 8, dan 6, murid harus menyusun 4 baris Lego yang terdiri daripada 7 blok, 9 blok, 8 blok, serta 6 blok. Setelah selesai menyusun, murid dikehendaki menyusun setiap baris dalam tertib menaik atau menurun. Guru harus gunakan istilah yang mudah difahami seperti naik tangga dari kiri ke kanan atau turun tangga dari kiri ke kanan. Setelah itu, murid harus menulis nombor yang disusun dalam tertib menaik atau menurun sambil merujuk pada susun baris-baris tadi.

Semoga perkongsian ini membantu guru-guru dalam PdP masing-masing. Sekian, terima kasih. 

Gambar 1: Maisurah belajar menyusun nombor dalam tertib menaik serta tertib menurun.





Pekerjaan online  

Thursday 13 February 2014

Membentuk Perkataan KV+KV

Pada hari ini, satu aktiviti berkumpulan yang amat mudah telah dilaksanakan di dalam bilik darjah saya. Murid-murid dikehendaki membentuk perkataan KV+KV dengan menggunakan kad-kad suku kata KV yang telah diberi. Setelah setiap perkataan disahkan oleh guru, murid-murid dibenarkan menuliskan setiap perkataan yang berjaya dibentuk di dalam buku tulis masing-masing.

Walaupun PdP pada hari ini amat sederhana, murid-murid seronok sepanjang PdP dan berjaya membentuk sekurang-kurangnya 6 perkataan secara berkumpulan. Mereka juga memohon agar aktiviti ini dilaksanakan lagi pada PdP seterusnya.

Diharap bahawa teknik ini membawa manfaat kepada semua. Selamat mengajar.

Gambar 1: Murid-murid membentuk perkataan KV+KV secara berkumpulan.

Wednesday 12 February 2014

KAD TINGKAP UNTUK MENCERIAKAN KELAS

Pada tahun ini, saya telah bertukar ke sekolah di daerah yang saya inginkan.Saya bersyukur kerana masih berpeluang mengajar pemulihan dan memegang bilik pemulihan seperti di sekolah sebelum ini. Pada bulan lepas, saya telah menyediakan kad tingkap untuk menceriakan bilik pemulihan di sekolah saya.

Gambar yang pertama menunjukkan kad tingkap yang telah siap. Kelebihan kad tingkap ialah kita boleh melekatkan huruf, nombor, atau suku kata pada kedua-dua belah kad tersebut supaya ia boleh dilihat dari luar serta dari dalam bilik darjah.

Gambar seterusnya menunjukkan kad tingkap yang siap dilekatkan pada tingkap (pemandangan dari dalam serta dari luar bilik darjah). Harap maaf kerana gambar kurang jelas. Saya akan mengupload gambar yang lebih jelas apabila berpeluang nanti.
Diharap bahawa idea ini membawa manfaat kepada semua. 

Gambar 1: Kad tingkap yang telah siap.



Gambar 2: Kad tingkap yang telah dilekatkan pada tingkap. 







Pekerjaan online

Friday 19 April 2013

SATU CARA UNTUK MENGGUNAKAN KAD IMBAS

Ini salah satu cara saya gunakan kad imbas dalam P&P saya. Cikgu-cikgu boleh gunakan idea ini dalam P&P masing-masing.

Nota: Gambar penuh tidak diambil supaya idea ini tidak dijadikan bahan perniagaan pihak tertentu.

Carta Imbas Besar (KV+KV+KV)
 

 Carta Imbas Besar: Huruf Besar dan Huruf Kecil


Carta Imbas Besar: Nombor (Nilai Tempat: Ratus, Puluh, Sa)

Tuesday 12 February 2013

Kad Imbas (Flash Cards) Huruf Kecil

Kad imbas yang amat ringkas juga. Hanya huruf "q" diubah mengikut keperluan murid. Cikgu-cikgu boleh copy & paste jika suka. Boleh edit mengikut kreativiti masing-masing.










Kad Imbas (Flash Cards) Huruf Besar

Kad imbas ini ringkas sahaja tetapi "Y" huruf besar telah diubah mengikut kesesuaian. Cikgu-cikgu boleh copy & paste kalau suka. Boleh edit mengikut kreativiti masing-masing.